Skip to main content

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA)

Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) berperanan membantu menyelaras keperluan Pelajar Ijazah Pertama dan Pelajar Ijazah Tinggi dalam menuju ke arah pencapaian akademik yang cemerlang.

Antara peranan utama Bahagian Pengurusan Akademik adalah seperti berikut :
• Pengurusan Penyediaan Jadual Waktu Peperiksaa
• Pengurusan Penyediaan Pengawasan Peperiksaan
• Pengurusan Peperiksaan
• Rayuan Semakan Keputusan Peperiksaan
• Pengurusan Peperiksaan Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ)
• Pengurusan Pelajar Ijazah Tinggi
• Permohonan Baharu
• Pendaftaran
• Hal Ehwal Pencalonan Pelajar

Selain dari tugas di atas, perkhidmatan kepada pelanggan (pelajar) bagi memenuhi keperluan sepanjang pengajian mereka turut disokong oleh BPA. Selain itu BPA dipertanggungjawabkan sebagai urusetia kepada beberapa jawatankuasa berkaitan hal ehwal akademik.
Antara Jawatankuasa di peringkat Kampus Kejuruteraan adalah seperti berikut :

• Jawatankuasa Penyelarasan Akademik Kejuruteraan dan Teknologi
• Jawatankuasa Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran
• Jawatankuasa Penyiasatan Kes Meniru/Menipu