Skip to main content

Jabatan Pendaftar USM Kejuruteraan

KATA ALUAN

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Selamat Datang ke Laman Sesawang Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Laman ini diwujudkan khusus bagi memudahkan penyampaian maklumat dengan cepat, tepat dan berintegriti mengenai fungsi dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan bagi rujukan umum semua pihak.

Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan terdiri daripada :

1. Pejabat Timbalan Pendaftar
2. Bahagian Sumber Manusia
3. Bahagian Pengurusan Akademik (Pra – Siswazah dan Siswazah)

Berfungsi sebagai nadi utama bagi mengendalikan segala urusan yang berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan akademik serta urus tadbir dan kemudahan pusat. Dalam menyahut seruan kerajaan agar universiti juga adalah sealiran dengan program transformasi yang sedang dijalankan, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan juga berperanan dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan universiti dilaksanakan dengan cekap dan berkesan seiring dengan Misi dan Visi Universiti.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya Yang Menjalankan Amanah,


MIOR ZULBAHARI BIN M. CHEK, Timbalan Pendaftar