Skip to main content

PENGARAH KAMPUS KEJURUTERAAN EDAR JALUR GEMILANG

edar jalur gemilangedar jalur gemilang (2)

NIBONG TEBAL, 26 Ogos 2022 – Sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan mengambil inisiatif mengedarkan jalur gemilang kepada warga kampus di sini hari ini.

Program ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan yang akan disambut beberapa hari sahaja lagi di samping dapat memupuk semangat cintakan negara dan tanah air, ujar Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan, Encik Mohd Jalaludin Azizan.

Dalam ucapannya ketika hadir menyempurnakan acara penyerahan jalur gemilang ini, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dato’ Dr. Nor Azazi Zakaria menyambut baik usaha ini dan mengingatkan warga kampus supaya mengenang jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Katanya lagi, program seumpama ini sangat bermakna di mana ia diharap dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan staf dan pelajar.

Negara kita Malaysia akan menyambut kemerdekaan pada kali yang ke-65 pada tahun ini dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, ayuh! bersama kita kibarkan Jalur Gemilang.

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

edar jalur gemilang (1)

Teks : Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid
Foto : Muhammad Taufik Abdul Rahman