Skip to main content

PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN (BITK) 2022

Mesyuarat Panel Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Universiti Awam (UA) Bi. 1/2022 yang bersidang pada 6 April 2022 telah bersetuju untuk melaksanakan peperiksaan BITK UA bagi tahun 2022 secara bersemuka pada 29 Jun 2022. Selaras dengan keputusan itu, Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Tahun 2022 telah dilaksanakan pada 29 Jun 2022 bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan, Kampus Kejuruteraan. Seramai tiga (3) orang staf dari Kampus Kejuruteraan telah menduduki peperiksaan tersebut dan tiga (3) orang calon tumpang dari UiTM, Cawangan Kedah turut hadir menduduki peperiksaan yang telah dijalankan di sini.

Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan 2022 1Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan 2022 2Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan 2022 3Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan 2022 4