Skip to main content

Bahagian Sumber Manusia (BSM)

Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan adalah satu bahagian yang masih mengekalkan tanggungjawab memberikan perkhidmatan kepada 778 orang staf yang terdiri daripada 240 orang staf Akademik dan 538 orang staf Pentadbiran. Statistik staf berubah dari semasa ke semasa. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut

I. Unit Perkhidmatan dan Pembangunan Organisasi
Menguruskan pengesahan jawatan staf, pergerakan gaji, laporan penilaian prestasi, pengurusan persaraan staf, cuti dalam perkhidmatan dan anugerah dalam perkhidmatan. Menguruskan penempatan semula staf dan perjawatan, pengurusan tatatertib staf, statistik dan HRMIS. Menguruskan urusan permohonan kemajuan kerjaya bagi semua staf akademik dan bukan akademik.

II. Unit Pengambilan dan Pembangunan Staf
Menguruskan permohonan perlantikan dan pengambilan staf baharu sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan dan sementara. menguruskan Skim RLKA, RPTKA, cuti belajar pentadbiran, sabatikal dan felo pasca doctoral bagi semua staf Kampus Kejuruteraan.

III. Unit Pentadbiran dan Perhubungan Staf
Menguruskan perbekalan pakaian seragam, perkhidmatan pos, pengurusan kewangan dan belanjawan tahunan jabatan satu pusat. Menguruskan peperiksaan perkhidmatan universiti, kebajikan staf dan skim perkhidmatan perubatan staf.