Skip to main content

PROGRAM KASIH RAMADAN KE PERUMAHAN TAMAN SEJAHTERA RAKYAT KAMPUNG INDERA TIMBALAN SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG

PROGRAM KASIH RAMADAN KE PERUMAHAN TAMAN SEJAHTERA RAKYAT KAMPUNG INDERA TIMBALAN SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG

22 Mac 2024, Simpang Ampat, Pulau Pinang

Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan bersama Encik Mior Zulbahri Bin M. Chek, Timbalan Pendaftar meneruskan acara tahunan bulan Ramadan dengan menyampaikan sumbangan kepada lebih daripada 10 buah rumah di Perumahan Taman Sejahtera Rakyat Kampung Indera Timbalan, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Barangan berupa keperluan asas dan sejumlah wang tunai disampaikan kepada setiap keluarga di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Timbalan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan berkata dalam ucapannya agak program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat di kawasan tersebut tidak merasa terpinggir atau disisihkan tanpa menunggu musim perayaan bagi menyampaikan sumbangan.

WhatsApp Image 2024 03 22 at 10.34.32