Skip to main content

Program Edaran Kurma Sempena Ramadhan Kareem Anjuran Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan

Program Edaran Kurma Sempena Ramadhan Kareem Anjuran Jabatan Pendaftar, Kampus Kejuruteraan

  • DSC 8828

22 Mac 2023,  Nibong Tebal, Pulau Pinang, Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan mengambil inisiatif mengedarkan buah kurma secara percuma secara pandu lalu kepada warga staf Kampus Kejuruteraan. Program ini dianjurkan sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang akan disambut oleh semua umat Islam bermula esok. Turut serta Encik Mior Zulbahri Bin M. Chek, Timbalan Pendaftar Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan yang bersama-sama memeriahkan program.

Terima kasih warga Kampus Kejuruteraan.