Skip to main content

Majlis Penyerahan Tugas Ketua Penolong Pendaftar kepada Timbalan Pendaftar

Majlis Penyerahan Tugas
6 Oktober 2022- Berkuat kuasa pada 1 Oktober 2022, pihak Universiti telah menempatkan Encik Mior Zulbahri Bin M. Chek, Timbalan Pendaftar N52 untuk mengetuai Jabatan Pendaftar di Kampus Kejuruteraan. Satu majlis ringkas penyerahan tugas Ketua Penolong Pendaftar, En Mohd Jalaludin Bin Azizan kepada En Mior Zulbahri Bin M.Chek,Timbalan Pendaftar Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan yang baharu telah diadakan dan disaksikan oleh Pengarah Kampus.

Terima kasih En Mohd Jalaludin Bin Azizan atas sumbangan khidmat bakti di Jabatan Pendaftar Kampus Kejuruteraan. Selamat Maju Jaya di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar & Pejabat Pendaftar.